Evolusi Minda!………….sedar atau tidak?………

Posted in Uncategorized on June 11, 2008 by karlzard

Otak Manusia dilengkapi dengan kapasiti atau keupayaan yang berbeza. Keupayaan dan daya kreativiti manusia bergantung kepada minda manusia. Otak manusia ibarat seperti enjin kereta yang bergantung kepada setting dan penalaan yang sesuai. Komponen asas memainkan peranan penting. Oleh itu setting utama yang perlu bagi seseoranag manusia adalah ilmu dan amal. Seperti sesebuah enjin, tak berguna sekiranya enjin tersebut tidak ditala dengan baik malah menyebabkan ianya tidak akan tahan lama dan tidak boleh diguna pakai. Tidak kira samada seseorang itu Muslim atau tidak maka pokok utama adalah minda dan hati yang bersih.

MiStIk…….ReALiTi aTaU FaNtAsi

Posted in Uncategorized on June 4, 2008 by karlzard

Alam Mistik Dan Penghuninya

Mistik merujuk kepada suatu untuk keadaan dan pengalaman di luar kemampuan pancaindera manusia.. Alam mistik merupakan pengalaman di luar kejadian nyata. Makhluk-makhluk halus yang menhuni alam mistik merupakan makhluk-makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh pancaindera hidup di alamnya atau alam ghaib yang tersendiri.Makhluk-makhluk ini ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat, yang sentiasa taat kepada perintah Allah, dan ada yang asal kejadiannya daripada api iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya.
Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah s.w.t.:
AI-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.

Dalam AI-Quran dinyatakan dengan jelas tentang adanya musuh manusia yang sentiasa mahu menyesatkan manusia, iaitu iblis, syaitan dan kuncu-kuncunya. Dalam peristiwa kejadian Adam, iblis enggan menghormati kejadian Allah s.w.t. iaitu Adam. Namun iblis enggan berbuat demikian kerana kesombongannya, yang merasakan bahawa dirinya lebih mulia daripada Adam (al-A’raf:11). Oleh sebab itu Allah s.w.t. telah melaknat iblis dan menghukumkannya kafir.

Berlatar belakangkan peristiwa tersebut, iblis telah bersumpah di hadapan Allah
s.w.t. yang ia akan menghalang manusia daripada beriman dan melakukan perintah-perintah Allah s.w.t. Iblis bersumpah akan menggoda manusia dari setiap penjuru seperti yang termaktub dalam Surah al-A’raaf ayat 16 dan 17:
(Iblis) berkata, kerana Engkau telah menghukum aku sesat, aku benar-benar
akan menghalang mereka dari jalanMU yang lurus. Kemudian aku akan
datangi mereka dari muka dan dari belakang, dari kanan dan kiri mereka.
Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan daripada mereka bersyukur.

Strategi Jin dan Syaitan Menyesatkan Manusia:
Surah al-A’raaf ayat 17:
Dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana
sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya
syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji dan mengatakan
terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.

Syaitan dan jin dikatakan makhluk tuhan yang dianugerahkan dengan berbagai helah dan taktikal yang boleh dikatakan hebat. Ramai manusia yang kecundang disebabkan rancangan dan strategi yang begitu teliti oleh mereka. Sejarah menjadikan askar syaitan dan jin begitu matang dan bijak dalam mengatur langkah serta modes operandi menangani kerenah dan menjahanamkan iman para manusia.

Minda (Kekurangan dan Kelebihan)

Kalau diperhati sejarah terdahulu, strategi syaitan dan jin menarik manusia ke lembah kehancuran adalah secara terang-terangan. Walaubagaimanapun disebabkan manusia dikurniakan minda yang begitu canggih oleh Tuhan maka mereka telah dapat mencium jejek syaitan yang jahat. Disebabkan kemajuan sains dan teknologi maka perancang strategi syaitan dan jin menukar taktikal mereka dengan mempengaruhi minda manusia dengan rancangan yang berlainan yang kebiasaannya sukar sama sekali dikesan oleh manusia.

Minda manusia yang diibaratkan sebagai pusat pemprosesan maklumat memang dijadikan Allah tidak sempurna. Sama seperti penciptaan komputer, Microsoft memang menjadikan sebuah komputer itu memang ada kelemahan yang tersendiri. Ini adalah kerana ada alasan-alasan kukuh disebaliknya. Sama seperti kejadian manusia terdapat kelemahan pada manusia. Ini kerana Tuhan menjanjikan hidup yang penuh risiko demi mengukur kekebalan dan ketahanan iman manusia dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Tuhan di samping dijanjikan dengan ganjaran yang begitu besar di akhirnya. Kelemahan minda manusia ini dimanfaatkan syaitan dan jin sebaik mungkin untuk meneruskan agenda jahat mereka. Kekurangan ini yang disertai dengan sikap manusia sendiri yang menyebabkan banyak strategi dan perancangan syaitan dan jin ini berjaya. Mereka boleh berpesta dan meraikan kejayaan mereka menyesatkan manusia secara tanpa disedari.

Evolusi Minda Dan Ilmu.

Perubahan minda disamping ilmu pengetahuan yang berfaedah merupakan senjata dan perisai utama dalam menangkis serangan dan melumpuhkan perancangan para syaitan dan jin yang maha hebat. Ilmu tanpa amal juga adalah sia-sia. Oleh yang demikian tulisan ini mengupas secara mudah apakah kaitan alam mistik, serta kesannya kepada minda manusia serta ilmu dan kepentingan yang boleh diperolehi daripadanya.

WeLcOmE

Posted in Uncategorized on June 2, 2008 by karlzard

now………..the door STILL open!!!!!……

All around me I see danger, And it’s closing in on me, Every second I can hear it, ………Breathing………